Facebook Pages

Kamis, 26 Mei 2011

Penghuni Neraka

Orang yang dalam hidupnya banyak melakukan
amal sholeh seperti sholat, puasa, shodaqoh dan
lainnya, namun apabila dalam hidupnya ia berbuat
syirik akbar dan belum bertaubat sebelum
matinya, maka seluruh amalnya akan terhapus.
Allah Ta ’ala berfirman yang artinya, “Dan jika
seandainya mereka menyekutukan Allah, maka
sungguh akan hapuslah amal yang telah mereka
kerjakan. ” (Al- An’am: 88) Rasulullah S.A.W bersabda: Aku melihat ke dalam
neraka, maka aku lihat kebanyakan penghuninya
kaum wanita, yang demikian itu disebabkan oleh
kerana jarang taat kepada Allah dan RasulNya serta
suami mereka dan kerana banyak bersolek untuk
mempamerkan kecantikan.
Lalu Rasulullah bersabda: "Aku menangis sewaktu aku
diisrakkan ke atas langit, aku melihat para wanita
umatku tengah disiksa di dalam neraka. Aku melihat
10 macam siksaan bagi kaum wanita, iaitu:
Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya,
adalah kerana dia tidak mahu tutup (melindungkan)
rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain.
Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya,
adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya
dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w.bersabda:
"Seseorang wanita yang menyakiti hati suaminya
dengan kata-katanya, maka Allah s.w.t akan
melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70
zira dan akan mengikat di belakang lehernya."
Dari Usman r.a berkata Bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: " Seseorang perempuan yang mengatakan
kepada suaminya dengan berkata: 'Aku belum pernah
melihat kebaikanmu', maka sesungguhnya Allah s.w.t
akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70
tahun, walaupun dia berpuasa da n siang hari dan
mengerjakan solat pada malam hari."
Orang perempuan yang digantung dengan buah
dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain
dengan tidak mendapat izin suaminya.
Orang perempuan yang diikat kakinya, adalah kerana
dia keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya
terlebih dahulu dan tidak mandi hadas, bagi
membersihkan diri seteleh habis haid atau nifas.
Orang perempuan yang makan badannya sendiri
adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain
dan mereka yang suka membicarakan keaiban orang
lain.
Orang perempuan yang memotong-motong buah
dadanya sendiri dengan gunting-gunting dari neraka
adalah kerana dia memasyhurkan dirinya di kalangan
orang ramai, dan mermaksud supaya orang melihat
akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia
pakai.
Orang perempuan yang diikat kedua kaki dan
tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya,
dan dibelit dengan beberapa ekor ular dan
kalajengking adalah kerana dia itu boleh solat, puasa
tetapi dia tidak mahu mengambil wuduk dan dia tidak
mahu mengerjakan solat serta tidak mahu mandi
junub.
Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala
babi dan badannya pula seperti keldai adalah kerana
dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
Orang perempuan yang berbentuk seperti anjing,
adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah
kepada suaminya.
Dan perempuan yang menyerupai anjing, api masuk
ke dalam mulut serta keluar dari duburnya itu adalah
perempuan yang suka mengungkit-ungkit
pemberiannya, iri hati, dengki dan tidak taat kepada
suaminya.
Inilah azab dan kesengsaraan yang dialami oleh
wanita yang telah dilihat oleh Rasulullah s.a.w ketika
dibawa ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj.